Friday, April 30, 2010

ASEAN YOUTH ENVIRONMENT FORUM 2010 : CREATING A CLIMATE FOR CHANGE





Sekreteriat ASEAN (http://www.aseansec.org/) menganjurkan “Asean Youth Environment Forum 2010” bertempat di Empire Hotel & Resort, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada 21-26 April 2010. Forum yang bertemakan “Creating A Climate For Change” disertai oleh belia negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Myanmar, Laos, Indonesia, Cambodia dan Brunei serta 3 rakan utama ASEAN iaitu Jepun, Korea Selatan dan China. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar telah memilih dua orang murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan dua orang murid Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya sebagai wakil Malaysia untuk menyertai AYEF2010. Murid yang terpilih ialah Aina Farzana Mohd Azmi dan Nurul Syairah A. Shukor (Sekolah Seri Puteri Cyberjaya), Afiz Fazriz Azizi dan Muhammad Zuhair Zulkifely (SSAS Putrajaya). Guru Pengiring ialah En Ahmad Ridzuan Abd Rahman (SSP). Semua perbelanjaan murid seperti tiket penerbangan, penginapan dan duit poket disediakan oleh penganjur manakala perbelanjaan guru pengiring dibiayai oleh PIBG Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Forum AYEF2010 mengumpulkan generasi muda ASEAN+3 untuk berbincang, berdialog dan melontarkan idea dan pandangan berkaitan alam sekitar untuk kesejahteraan masyarakat dunia. Forum diisi dengan pembentangan kertas kerja, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan wakil peserta semua negera peserta dan persembahan kebudayaan pada malam penutup. Peserta Malaysia yang membentangkan berkaitan “Hutan Paya Bakau” mendapat respons yang sangat menggalakkan dimana sesi soal jawab agak ‘panas’ dengan soalan-soalan daripada peserta negara lain sehingga memaksa pihak urusetia masuk campur menjernihkan suasana. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memberi peluang kepada murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya mewakili Malaysia menyertai AYEF2010.

No comments: