Wednesday, April 07, 2010

Majlis Pelancaran CSR Touch n Go - Komuniti Tanpa Tunai

Touch n Go Sdn Bhd http://www.touchngo.com.my sebuah syarikat penyedia gerbang pembayaran berasaskan kad Touch n Go bersama-sama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada Selasa, 6 April 2010 pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Perdana Puteri. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Y.Bhg.Tan Sri Dr.Zulkurnain Haji Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang Berbahagia Tan Sri juga telah dibawa untuk menyaksikan demonstrasi penggunaan kad Touch n Go di Kafeteria, Koperasi dan Stesyen Percetakan Digital. Y.Bhg. Tan Sri juga telah merasmikan Stesyen Percetakan Digital yang juga merupakan pusat isian semula kad Touch n Go. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua dif jemputan yang sudi menghadiri majlis pelancaran.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat bermatlamat melahirkan "Komuniti Tanpa Tunai"akan berlangsung selama dua tahun dimana pihak syarikat bertanggungjawab menyediakan sebanyak seribu keping kad Touch n Go yang dicetak khusus sebagai Kad Pengenalan Diri Murid & Staf yang juga berfungsi sebagai kad Touch n Go dan boleh digunakan di seluruh negara termasuk di Plaza Tol. Pihak syarikat juga menyediakan empat terminal pembayaran iaitu dua unit di kafeteria dan masing-masing satu unit di kedai koperasi dan Stesyen Percetakan Digital. Semua pengguna Touch n Go juga boleh membuat isian semula kad pada bila-bila masa di Stesyen Percetakan Digital yang beroperasi mulai jam 10.00 pagi hingga 6 petang. Warga SSP juga boleh membuat semakan baki kad pada bila-bila masa di dua unit terminal semakan , masing-masing berhampiran kafeteria dan Stesyen Percetakan Digital. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan wang khususnya dalam kalangan murid-murid dan juga mengurangkan masalah yang sering berlaku di asrama yang berkaitan dengan wang tunai. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Touch n Go Sdn Bhd atas kesudian menjalinkan kerjasama pintar ini dan mengharapkan semoga lebih banyak institusi pendidikan di Malaysia akan menggunakan aplikasi dan teknologi yang sama pada masa depan.

1 comment:

syaza nazura. said...

SSP :) ♥