Friday, April 30, 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) KE - 39, SSP CYBERJAYA

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2010 pada Jumaat, 16 April 2010 mulai jam 8.00 malam bertempat di Dewan Perdana Puteri, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Tetamu Kehormat ialah YB. Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. MAC2010 merupakan majlis khas untuk meraikan kecemerlangan dan pencapaian terbilang murid-murid dalam peperiksaan awam tahun 2009 khususnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid terbaik setiap tingkatan tahun 2009 juga akan turut diraikan. MAC2010 juga akan memberi anugerah dan penghargaan kepada guru dan panitia yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2009. MAC2010 dilaksanakan dalam bentuk dan agenda yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya memandangkan inilah kali pertama, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan MAC dalam bentuk majlis makan malam dan dilaksanakan pada waktu malam. PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menyumbangkan anugerah khas berupa wang tunai kepada murid-murid cemerlang SPM2009 masing-masing sebanyak RM200.00 bagi 9A dan ke atas dan RM 150.00 bagi calon yang memperolehi 8A. Warga SSP Cyberjaya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang berkenaan.

Liputan EDUWEBTV berkenaan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 boleh dilihat dalam video di bawah.

No comments: