Tuesday, April 27, 2010

Bengkel Petah Bicara SEMESTA







Pada 9 April hingga 11 April 2010 baru- baru ini, SEMESTA dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan German Malaysia Institute (GMI) telah mengadakan satu bengkel dibawah aktiviti niche area petah bicara yang dinamakan 'Bengkel Petah Bicara Bahas dan Pengucapan Awam'. Bengkel ini telah disertai oleh 120 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bengkel ini juga meliputi sesi ceramah yang disampaikan oleh pembahas- pembahas dari UIA iaitu Syazwan b. Suhaimi, Farhan Nor Diyana bt Shamsudin, Siti Norfarhana bt Omar Aziz bagi sesi Bahasa Melayu manakala bagi sesi Bahasa Inggeris dikendalikan oleh Zamir Hamdy b. Hamdan, Ahmad Faiz b. Yahaya dan Muhammad b. Zulkarnain.

No comments: