Thursday, April 29, 2010

SMSSMJ turut serta Hari Harta Intelek Negara 2010

Pada 26 hingga 27 April tahun 2010, Hari Harta Intelek Negara telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hari Harta Intelek Negara diadakan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan harta intelek. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta dihadiri oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Sekali lagi, sekolah kita telah menghantar pasukan inovasi seramai 3 orang pelajar bersama guru pengiring dengan projek bertajuk ‘ FERTILITY BOOSTER A New Hope For the Infertilities’.

Pada petang 25hb April, kami tiba di hotel tersebut seterusnya menuju ke tapak pameran untuk persiapan pada hari esok. Sesi suai kenal dengan para pempamer yang lain turut diadakan.

SMSSMJ merupakan antara 6 buah sekolah di dalam seluruh Malaysia yangterpilih untuk mempamerkan projek rekacipta pada Hari Harta Intelek Negara bagi tahun 2010. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu, Kolej Tunku Kursiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin dan yang terakhir sekali, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Kami berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempersembahkan projek kami di hadapan Y.A.B. Tan Sri Muhyddin Hj Mohd Yassin, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Encik Kamel Bin Mohd, merangkap Pengarah Perbadanan Hari Harta Intelek Negara, di mana mereka menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap projek kami. Tidak dilupakan para pelancong serta duta-duta dari negara luar yang telah mengunjungi pameran kami. Maklum balas yang diterima amatlah memberansangkan. Terdapat juga agensi kerajaan, perkhidmatan, universiti serta pempamer antarabangsa di Hari Harta Intelek Negara tersebut.

Lewat petang 27hb April, tibalah masa untuk kami pulang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Para urusetia memberi sedikit nasihat dan pedoman kepada kami untuk meneruskan perjuangan dalam bidang rekacipta dan sempat bersalaman dengan kesemua pempamer sebelum kami berangkat pulang. Namun , langit tidak selalunya cerah. Perjalanan kami diiringi dengan hujan yang turun membasahi bumi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi pada jam 3.45 pagi 28hb April.

Di kesempatan ini ingin kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Tuan Haji Rusdin Bin Husin, Pn Hjh Marlina Bt Ahmad, Semua pihak pentadbiran, Pn Noraini Bt Mohd Ismail, Pn Shariffah Huzaimah Bt Syed Omar, En Teoh Hooi Eng, Pn Noor Salawati Bt Ahmad, Pn Zuraini Bt Johari serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

No comments: