Tuesday, April 27, 2010

Majlis Penutupan Bulan Bahasa SEMESTA











Pada 17 April baru- baru ini, Majlis Penutupan Bulan Bahasa SEMESTA telah diadakan. Sepanjang bulan bahasa tersebut, pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan bahas, pantun, pengucapan berirama, anjung budi, berita, sajak, seloka, dan pidato bagi bahasa Melayu manakala bagi bahasa Inggeris, pertandingan yang telah diadakan ialah debate, public speaking, cosplay, explorace, spell-it-right, PET presentation, choral speaking, essay writing, dan SEMESTA idol. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SEMESTA sendiri iaitu Tn. Hj. Kamaruddin b. Hj Kassim dan telah dimeriahkan dengan persembahan pelajar- pelajar SEMESTA iaitu persembahan seloka, sajak, dan nyanyian yang disampaikan oleh pelajar- pelajar bahasa Jepun.

No comments: