Thursday, May 20, 2010


KEJOHANAN SQUASY MSSP 2010

Pada 30 April 2010 - 2 Mei 2010, SHAH PEKAN telah menghantar 6 orang pemain squasy ke Kejohanan Squasy Majlis Sukan Sekolah Pahang(MSSP). Penyertaan seramai 120 orang pemain dari 4 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bera beradu tenaga bagi merebut gelaran empat teratas. Kejohanan selama 3 hari ini berlangsung di Gelanggang Squasy MSP, Telok Sisek, Kuantan. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki & Perempuan Bawah 12 tahun,Lelaki & Perempuan Bawah 15 tahun serta Lelaki & Perempuan Bawah 18 tahun.Keputusan pertandingan Kategori Lelaki B18; Mohd Dzulharith b. Noor Azman- Naib Johan, Muuhammad Amirul Shazwan b. Shalin-ke-3 dan Mohd Afiq Asraf b. Kasman-ke-4. Kategori Perempuan B18 Tahun; Nur Aliah Natasha bt. Md Shahrulnizam-Johan dan Nurul Jannah bt. Ahmad Nazrin- Naib Johan.
3 tiga pelajar yang terpilih bagi mewakili Pahang ke Kejohanan Squasy MSSM di Perak iaitu Mohd Dzulharith, Nur Aliah Natasha dan Nurul Jannah. Taniah SHAH PEKAN!
Posted by kokushahpekan at 6:33 PM

No comments: