Tuesday, May 11, 2010

SUMBANGAN YAYASAN CIMB UNTUK SERI PUTERI WINDS








Pasukan Wind Orchestra Sekolah Seri Puteri Cyberjaya atau lebih dikenali sebagai Seri Puteri Winds mendapat suntikan semangat yang amat bermakna apabila Yayasan CIMB - "Community Link" menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.00 bagi membolehkan Seri Puteri Winds memantapkan persembahan, melaksanakan aktiviti serta menambah baik peralatan dan kelengkapan.



Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus CIMB Bank Cyberjaya dalam majlis khas yang berlangsung di Dewan Perdana Puteri pada jam 3.30 petang, 11 Mei 2010. Pada majlis yang berkenaan, Seri Puteri Winds telah mempamerkan persembahan yang hebat dan bertenaga dengan mempersembahkan lagu-lagu Orkestra, Tunggu Sekejap , Permaidani dan Vesuvius dengan iringan soprano solo dan tarian Pasukan Tarian Sekolah Seri Puteri. Seri Puteri Winds akan bertanding dalam Pertandingan Wind Orchestra Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh pada 27 Jun bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban serta menyertai Singapore International Band Festival (SIBF) di Singapura mulai 25 Julai 2010. Pada majlis yang sama, Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri telah menyerahkan sebanyak 24 set jersi untuk pasukan bola keranjang SSP yang akan bertanding dalam Pertandingan Bola Keranjang HKSBP2010 yang akan berlangsung di SMS Pasir Puteh, Kelantan mulai 1 Jun 2010. Sumbangan diserahkan oleh Datin Hamida Hasan, Presiden Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri kepada Puan Hajah Rashidah Md Arif, Pengetua Cemerlang. Warga Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan CIMB serta Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri yang membantu mendapatkan sumbangan daripada Yayasan CIMB.

No comments: