Thursday, May 27, 2010

HKSBP KEBANGSAAN DI SMS PASIR PUTEH

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (HKSBP) KE-37/2010

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) peringkat kebangsaan kali ke-37, untuk tahun 2010 akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan. Program tersebut akan bermula pada 31 Mei hingga 4 jun 2010. HKSBP merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepemimpinan SBP. Tuan rumah dalam mengelolakan acara ini akan digilirkan dikalangan Sekolah Berasrama Penuh seluruh Negara. Pada tahun lepas, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menjadi pengelola program ini. Untuk tahun 2010, SM Sains Pasir Puteh telah diamanahkan menjadi pengelola.
Tuan Hj Mohd Kholil bin Mohammad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepemimpinan SBP, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika dihubungi memberitahu bahawa , HKSBP adalah acara tahunan yang mengandungi pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Bahas Bahasa Inggeris, Pertandingan Bola Keranjang perempuan dan Pertandingan Bola Keranjang lelaki. Bahas di SMS Pasir Puteh ini akan menentukan 4 pasukan yang akan berentap di pertandingan akhir bahas Piala Perdana Menteri yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 julai merebut Piala Tun Abdul Razak bin Husin bagi bahasa Melayu dan Piala Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bagi Bahasa Inggeris. Pada tahun ini pertandingan bahas telah ditaja sepenuhnya oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). Pihak Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM 165,000.00 kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dalam menganjurkan pertandingan bahas pada 2010 dari peringkat zon, kebangsaan hingga ke peringkat akhir.
Tuan Hj Mohd Kholil juga menegaskan bahawa piala pusingan bagi bola keranjang lelaki adalah Piala Tun Dato’ (Dr) Haji Hamdan Sheikh Tahir manakala piala pusingan bagi bola keranjang perempuan pula adalah Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab. Semasa HKSBP juga akan adakan Majlis Anugerah Cemerlang iaitu majlis penyampaiaan sijil dan hadiah kepada para pelajar SBP dan sekolah-sekolah Berasrama Penuh yang telah mencapai pencapaian tertinggi dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang 2009. HKSBP pada kali ini telah selesai diadakan diperingkat zon iaitu zon utara, zon timur, zon selatan, zon tengah, zon timur dan zon Sabah/Sarawak/Labuan (SQL). Pemenang setiap zon akan terpilih mewakili zon masing-masing untuk bertanding peringkat kebangsaan di SMS Pasir Puteh. Manakala tuan rumah, SMS Pasir Puteh layak secara automatik untuk bertanding diperingkat kebangsaan. HKSBP pada kali ini ditutup pada 4 jun 2010 dan majlis akan disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyaksikan pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang HKSBP dijalankan.



SENARAI PASUKAN BAHAS BAHASA MELAYU
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SMAP KAJANG, SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
KOLEJ TUANKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
6.
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
SELATAN
7.
SBPI KUANTAN, PAHANG
TIMUR
8.
SBPI TEMERLOH, PAHANG
TIMUR
9.
SMS LAHAD DATU, SABAH
SQL
10
SMS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

SENARAI PASUKAN BAHAS BAHASA INGGERIS
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR
TENGAH
4.
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA
TENGAH
5.
KOLEJ TUANKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
6.
SM SAINS MUAR, JOHOR
SELATAN
7.
SMS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN
TIMUR
8.
SBPI TEMERLOH, PAHANG
TIMUR
9.
SMS MIRI, SARAWAK
SQL
10
SMS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

SENARAI PASUKAN BOLA KERANJANG LELAKI
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SM SAINS HULU SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
SELATAN
6.
SM SAINS SULTAN MUZAFFAR SYAH, MELAKA
SELATAN
7.
SM SAINS SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU
TIMUR
8.
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KELANTAN
TIMUR
9.
SM SAINS KUCHING, SARAWAK
SQL

SENARAI PASUKAN BOLA KERANJANG PEREMPUAN
1.
SM SAINS TELUK INTAN PERAK
UTARA
2.
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING, PERAK
UTARA
3.
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA, SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BHARU
SELATAN
6.
KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
7.
SM SAINS SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU
TIMUR
8.
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN PAHANG
TIMUR
9.
SM SAINS KUCHING, SARAWAK
SQL
10
SM SAINS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

No comments: