Wednesday, May 19, 2010

KEJOHANAN LIGA HOKI SBP ZON SELATAN BAWAH 16 TAHUN- PENGELOLA SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU NS






Kejohanan Liga Hoki SBP Zon Selatan Bawah 16 tahun telah diadakan pada 1-3 April baru-baru ini yang diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Tan Sri Mohd Said Seremban 2 dan dikelolakan oleh SM Agama Persekutuan Labu N.Sembilan. Kejohanan ini disertai oleh SMAPL, TKC, SDAR, SASER, STJ, SBPI Jempol, STF, SMS Johor, SMS Sultan Iskandar, SMS Kota Tinggi, SMS Muar, MOZAC, SBPI Selandar dan SMS Rembau. Keputusan rasmi kejohanan memperlihatkan SMS Johor sebagai Johan, N.Johan SDAR, ketiga SMS Sultan Iskandar dan SMAPL tempat keempat bagi kategori lelaki. Manakala STF mengungguli kategori perempuan dengan mengalahkan TKC sebagai N.Johan, SMS Johor ketiga dan SMAPL tempat keempat. Tahniah kepada Zulhilmi bin Mohamad dari SMS Johor dan Wan Farina bt Ahmad Fahmy dari TKC kerana dianugerahkan pemain terbaik kejohanan.

No comments: