Monday, May 10, 2010

KARNIVAL SBP INTEGRASI JEMPOL KALI KE-2 / 2010

KENANGAN SEPANJANG KARNIVAL SBP INTEGRASI JEMPOL KALI KE-2 / 2010

Karnival Tahunan SBPIJ lima dalam satu (5 in 1)
berlangsung dengan jayanya bermula 22 April 2010 dan acara kemuncak berakhir pada 24 April 2010 iaitu pada hari Sabtu terakhir bulan April yang lalu.

Karnival SBPIJ ini menggabungkan 5 program dalam satu, iaitu Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam, Hari Usahawan Muda, hari terbuka Asrama, Hari Kerjaya SBP Integrasi Jempol, dan kemuncak karnival iaitu Majlis Anugerah Cemerlang SBP Integrasi Jempol.

Peserta Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam mula menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan di Taman Sains SBPIJ bersamaan dengan itu pelajar yang tidak terlibat pula menyertai Pertandingan Permainan Tradisional merupakan salah satu acara dalam program Hari Terbuka Asrama. Permainan yang dipertandingkan adalah congkak, batu seremban, teng-teng, layang-layang serta sukaneka.

Hari kedua pula bermulanya Hari Usahawan Muda yang menonjolkan bakat pengurusan serta ketokohan usahawan pelajar dalam perniagaan. Pelbagai ragam, gelagat dan aneka produk ditampilkan pada hari tersebut yang berlangsung sehingga hari kemuncak.

Pada hari yang sama juga berlangsungnya Hari Kerjaya SBP Integrasi Jempol. Acara yang dijalankan dalam program tersebut adalah pertandingan melukis poster, kolaj dan banner hari kerjaya bertemakan kerjaya.

Hari kemuncak karnival adalah Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-2/2010 yang dirasmikanoleh YB Haji Lilah bin Haji Yasin ( DSNS ). Beliau juga sudi menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang SPM dan PMR 2009.















Dalam majlis tersebut beliau juga menyampaikan Piala yang disumbangkan
oleh beliau sendiri iaitu Piala YB Lilah kepada Nurul Aida binti Mohd Darus pelajar cemerlang yang ditawarkan biasiswa Nasional oleh kerajaan. YB Haji Lilah Bin Haji Yasin merupakan Ahli Parlimen Jempol juga merasmikan penutupan Karnival SBP Integrasi Jempol ke-2 /2010.




No comments: