Sunday, May 16, 2010

CERAMAH MOTIVASI KHAS SEMPENA "HARI IBU"






Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan ceramah khas bersempena Sambutan Hari Ibu 2010. Ceramah yang bertajuk "Setitis Air Mata Ibu" disampaikan oleh Dr Robiah K. Hamzahberlangsung di Dewan Perdana Puteri pada Jumaat, 14 Mei 2010 mulai jam 3.30 petang. Majlis dihadiri oleh guru dan semua murid SSP. Yang turut hadir ialah Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Wan Norasiah Che Jaafar, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia dan Y.Bhg. Datin Zaliah Ismail, Pengetua SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Dr. Robiah K. Hamzah menyampailkan ceramah motivasi yang pastinya memberikan kesan mendalam kepada murid-murid SSP berlatarkan kisah kasih dan pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan insan yang kelak diharap akan menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Penceramah juga mengingatkan para hadirin tentang kepentingan perhubungan dan persaudaraan sesama rakan dan sesama insan dan keperluan untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Dr. Robiah sempat menitipkan pesan akan peri pentingnya menjadi seorang Puteri, sebelum kelak nanti akan menjadi Suri dan Isteri. Selain daripada ceramah motivasi, para hadirin juga dihiburkan oleh penyanyi undangan khas iaitu Iqhwal yang sempat menyanyikan empat buah lagu termasuk lagu terbaru beliau. Warga Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Wan Norasiah Che Jaafar, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Robiah K. Hamzah, Iqhwal, Karangkraf dan EduwebTV atas kerjasama dan bantuan menjayakan program motivasi khas sempena sambutan "Hari Ibu".

No comments: