Tuesday, May 11, 2010

SAMBUTAN HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR





Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menjadi tuan rumah bagi sambutan ‘Hari Puteri Islam Negeri Selangor’ yang diadakan pada Sabtu, 8 Mei 2010 bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mulai jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang. Sebanyak 10 daerah iaitu Kuala Langat, Sepang, Ulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Utama, Petaling Perdana, Klang, Gombak dan Sabak Bernam yang masing-masing menghantar seramai 40 orang murid bersama-sama 2 orang Guru Pemimpin. Ahli-ahli puteri Islam telah menyertai pelbagai aktiviti dan acara antaranya ialah Pertandingan Buku Log (Kategori sekolah Menengah dan Rendah), Melukis Poster Alam Sekitar (Kategori Sekolah Menengah), Kraftangan – Jubin (Kategori Sekolah Menengah), Kraftangan – Kuaci (Kategori Sekolah Rendah), Penulisan Kreatif (Kategori Sekolah Menengah), Tilawah al-Quran (Kategori Sekolah Menengah), Mengikat Anduh (Kategori Sekolah Menengah), Merawat Luka (Kategori Sekolah Rendah), Pidato (Kategori Sekolah Menengah), Catur (Kategori Sekolah Menengah), Anugerah Puteri Sulung (Kategori Sekolah Menengah), Anugerah Puteri Bongsu (Kategori Sekolah Rendah), Hafazan (Kategori Sekolah Rendah), Pertandingan Bercerita (Kategori Sekolah Rendah) dan Pertandingan Sirih Junjung (Kategori Sekolah Rendah). Intan Asirah Darwis (5U) daripada Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Julai di Bangunan Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur dalam Pertandingan Catur manakala Siti Khadijah Mad Zin (3T) menduduki tempat ketiga pertandingan melukis poster. Majlis Perasmian Penutup dan Acara Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Wazir Bin Haji Norani (Ketua Sektor Pendidikan Swasta/Khas) yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Yang turut hadir ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sepang (Pembangunan Kemanusiaan) dan Pengetua Cemerlang Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

No comments: