Sunday, May 30, 2010

SBPIKP cemerlang pada MTQ Peringkat Negeri Kedah

Pada 23 dan 24 April 2010 yang lalu, SBPI Kubang Pasu telah menghantar empat orang pelajar bagi mewakili daerah Kubang Pasu ke Pertandingan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat negeri Kedah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar. Mereka terdiri daripada wakil syarahan agama (lelaki), tilawah al-Quran (lelaki), hafazan (perempuan) dan hafazan (lelaki). Keseluruhannya, pelajar dari SBPI Kubang Pasu telah berjaya menggondol Johan dalam perujian hafazan (lelaki), tempat kedua syarahan agama (lelaki) dan tempat ketiga tilawah al-Quran (lelaki). Walaupun hanya seorang yang berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu nanti, namun kejayaan ini memberi isyarat bahawa SBPI Kubang Pasu akan serius untuk terus mara dalam pertandingan MTQ pada tahun-tahun yang akan datang. Doakan kejayaan wakil SBPI Kubang Pasu dan kontinjen Kedah dalam MTQ peringkat kebangsaan nanti.





No comments: