Wednesday, May 12, 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD LARUT MATANG DAN SELAMA (LMS)

Pada Mac 2010, Kejohanan Hoki MSS LArut Matang dan Selama telah diadakan di SMK Dr Burhanuddin, Taiping, Perak. SM Sains Raja Tun Azlan Shah, SERATAS telah menghantar dua pasukan (Lelaki dan Perempuan) Bawah 18 tahun bagi mewakili sekolah. Pasukan ini diiringi oleh seorang jurulatih iaitu En. Ismail Bin Mohd Zan. Pasukan SERATAS telah membawa pulang kejayaan apabila telah menjadi JOHAN DAERAH bagi kedua-dua pasukan. seramai 12 orang daripada pasukan lelaki dan 6 orang daripada pasukan perempuan telah dipilih bagi mewakili daerah ke peringkat negeri. Daripada senarai tersebut, 3 orang daripada pasukan lelaki dan seorang daripada pasukan perempuan telah dipilih mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.






No comments: