Friday, May 14, 2010

PERTANDINGAN REKACIPTA KEJURUTERAAN DAN INOVASI SAINS SBP




PERTANDINGAN REKACIPTA KEJURUTERAAN DAN INOVASI SAINS SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-12/2010

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Unit Pengurusan Sukan dan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepemimpinan SBP telah berjaya menganjurkan Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains SBP pada 22-25 April 2010. Pertandingan kali ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Taman Teknologi Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad. En. Hamzani bin Suien, Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan dan Kokurikulun SBP ketika dihubungi baru-baru ini menyatakan bahawa Pertandingan kali ini dimasukkan dalam kalendar MOSTI sempena tahun inovasi Negara 2010. Sebanyak 59 buah SBP telah menyertai pertandingan ini dengan seramai 264 peserta dan guru pengiring terlibat. Hakim bagi pertandingan kali ini terdiri daripada para pensyarah Universiti dan para pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains.
Kolej Tunku Kurshiah Negeri Sembilan telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kategori Inovasi Sains dengan tajuk kajian A Fishy Detector. Pasukan Kolej Tunku Kurshiah juga telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik dalam kategori ini dengan pelajarnya, Cik Haleeda binti Hilmi telah mendapat anugerah sebagai peserta terbaik. Naib Johan bagi kategori inovasi sains ini dimenangi oleh SMS Sultan Mohammad Jiwa Sungai Petani Kedah, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMS Muar Johor. Bagi kategori Rekacipta Kejuruteraan, tuan rumah telah menggondol tempat pertama dengan tajuk Green Based Conductive Polymer For Multi Purpose Sensor. Tempat kedua dimenagi oleh SMS Kuching Sarawak,dan ketiga SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Untuk kategori ini, persembahan terbaik dimenangi oleh pasukan SMS Kuching manakala peserta terbaik ialah Amir Eqlas bin Mohd Marzuki peserta dari SBPI Gombak Selangor.
Majlis perasmian dan pemyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin. Beliau dalam ucapannya berharap program-program sebegini dapat diteruskan dan dapat dijadikan landasan dan wadah bagi menghasilkan para saintis yang hebat dan berkemahiran serta dapat membantu Negara menuju Negara maju kea rah wawasan 2020.

No comments: