Thursday, May 20, 2010

HARI KECEMERLANGAN SBP ZON TIMUR


Pada 11Mac- 15 Mac 2010, telah berlangsung aktiviti tahunan peringkat SBP iaitu Hari Kecemerlangan SBP peringkat Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang. Beberapa aktiviti dipertandingan iaitu bola keranjang Lelaki dan Perempuan Bawah 18 tahun serta pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Keputusan pertandingan pasukan bola keranjang SHAH PEKAN;Lelaki hanya layak ke pusingan ke-2 dengan memberi persaingan yang sengit manakala pasukan Perempuan hanya mampu memberi tentangan peringkat kumpulan sahaja.
Keputusan pertandingan pasukan bahas SHAH PEKAN;Bahasa Melayu tersungkur peringkat separuh akhir kepada pasukan tuan rumah manakala bahas Bahasa Inggeris sekadar menimba pengalaman.
SHAH PEKAN berazam memberi cabaran yang lebih bermakna pada tahun akan datang!

No comments: