Tuesday, August 03, 2010

KEJOHANAN GOLF AMAL PIBG SSP 2010



PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2010, PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya pada Sabtu, 31 Julai 2010 bertempat di Bangi Golf Resort. Kejohanan Golf Amal merupakan acara dwitahunan PIBG yang bermatlamat untuk mengumpul dana bagi pembelian van untuk kegunaan pengangkutan murid-murid dan juga menambah dana bagi aktiviti PIBG Sesi 2010/2011. Seramai 72 orang peserta telah menyertai kejohanan golf amal yang bertujuan mencari dana untuk menampung pembelian sebuah van jenis Nissan Urvan yang akan digunakan untuk pengangkutan murid-murid. Kejohanan Golf Amal PIBG 2010 berjaya mengumpul sebanyak RM50,000.00 dengan pendapatan bersih sebanyak RM 35,000.00. Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan juga menyaksikan acara penyerahan van jenis Nissan Urvan bernilai RM100,000.00 daripada Y.Bhg. Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Yang Dipertua PIBG kepada Puan Hajah Rashidah Md Arif, Pengetua Cemerlang SSP.

PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Golf Amal, PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya tahun 2010. PIBG juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada organisasi korporat yang menyumbangkan bantuan kewangan untuk menjayakan kejohanan ini. Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang menguruskan kejohanan ini dengan jayanya. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Bin Abdul Hamid (YDP PIBG Sesi 2005/2010) yang menjuarai Medal B dan menerima hadiah sebuah TV LCD Toshiba Regza 32" yang kemudiannya bermurah hati menyerahkan kepada Pengetua Cemerlang SSP untuk kegunaan di sekolah.

No comments: