Tuesday, August 03, 2010

MAJLIS PENYERAHAN NISSAN URVAN OLEH PIBG SSP




PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menyumbangkan sebuah micro bus 14 tempat duduk kepada Kerajaan Malaysia untuk kegunaan pengangkutan murid-murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Micro Bus bernilai RM100,000.00 disumbangkan oleh PIBG yang mendapat dana daripada sumbangan persendirian AJK PIBG sebanyak RM65,000.00 dan juga dana daripada Kejohanan Golf Amal 2010 sebanyak RM 35,000.00. Majlis Penyerahan Micro Bus Nissan Urvan diadakan bersempena Kejohanan Golf Amal PIBG yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada Sabtu, 31 Julai 2010. Micro Bus diserahkan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Yang Dipertua PIBG kepada Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr Zulkurnain Hj Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang kemudiannya menyerahkan kepada Puan Hajah Rashidah Md Arif, Pengetua Cemerlang Sekolah Seri Puteri Cyberjaya untuk kegunaan pengangkutan murid-murid. Perolehan van berkapasiti 14 penumpang adalah untuk menggantikan van Inokom yang disumbangkan oleh PIBG pada tahun 2001 yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan kerana sering rosak dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Y.Bhg. Dato' Rozabil Abdul Rahman, Tuan Syed Zain AlSagoff, En Amran Ariffin, Prof Dr Samsinar Md Sidin , Maybank Berhad, Bahagian Analisa Cukai (Kementerian Kewangan), Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Selangor & Wilayah Persekutuan dan semua peserta Kejohanan Golf Amal PIBG 2010 atas sumbangan dan bantuan yang diberikan sehingga hasrat untuk memperolehi sebuah van baru menjadi realiti dalam jangka waktu dua bulan.

No comments: