Monday, August 02, 2010

SMSS MENJUARAI KEJOHANAN RAGBI JEMPUTAN CABARAN ISKANDAR MALAYSIA 2010 BAWAH 15 TAHUN


Johor Bharu - Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur (SMSS) terus mengukir nama sebagai sebuah sekolah yang terus melahirkan pasukan ragbi tersohor di negara ini apabila berjaya menjuarai Kategori Bawah 15 Tahun Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabangsa Cabaran Iskandar Malaysia pada 31 Julai 2010 dan 1 Ogos 2010 yang lalu. Lebih manis pasukan ragbi SMSS berjaya mengalahkan pasukan ragbi dari Sekolah Sukan Bandar Penawar dengan 10-7.

Usaha SMSS untuk terus menempa nama bagi kategori bawah 18 tahun tidak kesampaian apabila akur dengan kekalahan penalti sudden-death (1-0) kepada pasukan ragbi Sekolah Sukan Bandar Penawar setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan akhir kategori Cup bawah 18 tahun. Kedua-dua perlawanan ini disiarkan secara langsung dalam Astro Arena.

No comments: