Monday, August 16, 2010

PROGRAM PENGANTABANGSAAN SSP CYBERJAYA KE KOREA



Murid bersama Pengetua Wonhwa Girls' High School , Dr Lee Wok

Masjid Seoul




Bersama Pengetua Hijiyama , Mr Kandori Makoto
Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Program Pengantarabangsaan Ke Korea Selatan bermula 6-12 Ogos 2010. Seramai dua orang guru yang diketuai Penolong Kanan Kokurikulum dan empat orang murid tingkatan empat menyertai program ini. Tema program ialah "Unesco Heritage Discovery Program In Kyungju". Program ini dianjurkan oleh Wonhwa Girls' High School, Daegu yang merupakan sekolah kembar SSP di Korea Selatan. Program ini juga melibatkan Hijiyama Gilrs' School, Jepun, sekolah kembar Wonhwa di Hiroshima, Jepun. Pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan tiga negara diatur oleh pihak penganjur. Murid-murid yang terlibat dalam program ini menetap di rumah keluarga angkat manakala guru-guru menginap di Eldis Regent Hotel, Daegu. Antara program yang dilaksanakan ialah "English Camp" yang melibatkan murid tiga negara iaitu Korea, Malaysia dan Jepun manakala tenaga pengajar dari Kanada. Selain itu, delegasi juga dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di selatan Korea antaranya ialah Muzium Daegu Bangjja Yugi(Korean Bronzeware), Gyeongju Bulguksa yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Daegu Metropolitan City Tour termasuk Bongmu Park yang menempatkan Taman Rama-Rama, Guam Farm Stay yang merupakan sebuah kawasan ladang tanaman organik.Seomun Market juga merupakan destinasi lawatan yang tidak boleh dipinggirkan. Program kerjasama tiga negara iaitu Korea, Malaysia dan Jepun mencapai kemuncaknya dimana pada malam terakhir diadakan "Malam Kebudayaan" yang mana murid-murid Wonhwa Girls' High School, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Hijiyama Girls' High School mempersembahkan persembahan masing-masing. Pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu telah dipelajari oleh ahli rombongan. Mereka juga belajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan baharu dari Korea dan Jepun serta mengetahui cara hidup masyarakat Korea. Ketepatan masa yang menjadi amalan masyarakat Korea dan Jepun sesunguhnya adalah sesuatu yang harus diteladani dan diikuti.

No comments: