Thursday, August 12, 2010

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KALI KETIGA ANTARA SESERI-PCC NAKHON THAILAND -ASIS TAHUN 2010














7hb Julai 2010 (Rabu), telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Program Pengantarabangsaan kali ketiga antara SESERI-PCC Nakhon Thailand-ASIS bertempat di SM Sains Alam Shah. Dalam majlis pembukaan ini SESERI dan ASIS mengucapkan selamat datang kepada Delegasi PCC Nakhon Thailand. Delegasi ini terdiri dari 15 orang guru dan 62 orang pelajar. Tema bagi Program Pengantarabangsaan Kali Ketiga ini ialah 'Green Technolgy Partnership Programme'. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti forum tentang 'Green Technology', pameran, lawatan, perkhemahan perdana, karnival PIBG SESERI, pertunjukan kebudayaan dan lain-lain lagi. Semua yang hadir pada hari tersebut telah dihiburkan dangan Tarian Zapin yang dipersembahkan oleh para pelajar ASIS.
Setelah tamat majlis perasmian, para pelajar dan guru PCC Nakhon Thailand telah meninjau P&P yang dijalankan oleh guru-guru ASIS. Mereka juga dibawa melawat di sekitar kawasan sekolah ASIS.

No comments: