Thursday, August 12, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM PERINGKAT ANTARABANGSA ANTARA SESERI-PCC NAKHON THAILAND-ASIS TAHUN 2010






Pada 8 Julai hingga 10 Julai 2010, SESERI telah mengadakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform. Perkhemahan ini turut disertai oleh para pelajar Princess Chulaborn College's Nakhon Si Tamarat, Thailand dan para pelajar SM Sains Alam Shah(ASIS). Pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental para pelajar telah dijalankan oleh 20 orang fasilitator dari Kem Al Raudah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina dan memantapkan jati diri dan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar SESERI-PCC Nakhon Thailand-ASIS. Program ini juga diharap dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dalam kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran dalam membina dan mengembangkan jaringan hubungan dalam dan luar negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking,LDK, Ikhtiar Hidup, Night Walk dan Explore Race. Semoga hubungan dan jaringan antara ketiga-tiga buah sekolah ini akan terjalin erat dan berterusan pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh Cik Siti Aishah bt Othman
PK Kokurikulum SESERI

No comments: