Saturday, August 14, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KALI KETIGA ANTARA SESERI-PCC NAKHON THAILAND - ASIS TAHUN 2010





















Pada 10 Julai 2010, Sabtu - Majlis Perasmian Penutupan Program Pengantarabangsaan SESERI- PCC Nakhon, Thailand - ASIS telah diadakan di Dewan Gemala Puteri, SESERI. Delegasi PCC Nakhon, Thailand yang tiba pada 6 Julai terdiri daripada 15 orang guru dan 62 orang pelajar. SESERI - PCC Nakhon Thailand - ASIS yang telah menandatangi perjanjian pada tahun 2008 telah bersetuju untuk mengadakan program Lawatan Sambil Belajar setiap tahun. Tujuan pertukaran Lawatan Sambil Belajar ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah masing-masing. Pada tahun ini tibalah giliran PCC Nakhon Thailand mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke SESERI dan ASIS. Di samping mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, delegasi PCC Nakhon Thailand juga telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Laporan disediakan oleh Cik Siti Aishah bt Othman,
PK Kokurikulum SESERI.

No comments: