Wednesday, August 04, 2010

Program Sekolah Angkat SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur






Pada 2 Ogos 2010 (Isnin), seramai 35 orang murid dan dua orang guru pengiring Sekolah Kebangsaan Convent Sentul (2), Jalan Tanah Lapang, Kuala Lumpur telah dijemput hadir ke Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur untuk mengikuti Program Sekolah Angkat.

Program Sekolah Angkat anjuran SESERI adalah salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang bertujuan untuk menyemai rasa prihatin warga SESERI dalam membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui program ini warga SESERI juga dapat mengembangkan potensi diri sebagai pemimpin dan meningkatkan keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan masyarakat luar. Secara tidak langsung SESERI dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai watak Towering Personality seperti yang digarapkan dalam matlamat dan halatuju pendidikan masa depan. Selain itu, SESERI juga ingin memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah tentang budaya hidup di sekolah berasrama penuh.
Selesai sesi taklimat para pelajar SK Convent Sentul (2) telah dibawa melawat ke 'Rumah 1 Malaysia', persekitaran sekolah dan asrama SESERI. Semoga hubungan dua hala yang telah terjalin ini akan berterusan pada masa akan datang dengan pengisian-pengisian yang menjurus kepada kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Laporan disediakan oleh Cik Siti Aishah bt Othman
PK Kokurikulum SESERI.

No comments: