Friday, August 13, 2010

SBP 10's Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada SBPI Kubang Pasu yang telah berjaya menganjurkan Kejohanan Ragbi 10 peringkat kebangsaan pada 06-09 Ogos 2010 lalu. Kejohanan yang menghimpunkan kesemua SBP di Malaysia adalah merupakan kejohanan ragbi terbesar di Malaysia di mana seramai hampir 1200 orang mengambil bahagian.
Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dijalankan bagi memperlihatkan bakat dan semangat juang murid-murid SBP yang tinggi menyaksikan SM Sains Selangor telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan SM Sains Hulu Selangor pada pertandingan akhir.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan mewali Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Padang Universiti Utara Malaysia.


No comments: