Monday, August 09, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS ESEI INTEGRITI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH 2009 ANJURAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA












Tiga orang pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah berjaya mendapat tempat ke-2, ke-3 dan satu hadiah saguhati bagi Pertandingan Menulis Esei Integriti Peringkat Sekolah Menengah yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia pada tahun 2009.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei Integriti Peringkat Sekolah Menengah 2009 ini telah berlangsung di Dewan Anggerik,SESERI pada 9 Ogos 2010 semasa Perhimpunan Rasmi hari Isnin.
Encik Izal Arif b. Zahrudin,Penolong Pengurus Bahagian Sektor Sosiobudaya, Institut Integriti Malaysia telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadiah yang diterima berbentuk sijil dan wang tunai.
Pelajar yang berjaya mendapat tempat ke-2 ialah Syafiqah Razan binti Sharifudin menerima sijil dan wang tunai RM1500.00, tempat ke-3 ialah Anissa Nadhirah binti Anuar menerima sijil dan wang tunai RM1,000.00 dan saguhati Anis Suaidah binti Mohd Sukri menerima sijil dan wang tunai RM100.00. Seluruh warga SESERI mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga puteri SESERI atas kejayaan mereka. Semoga kejayaan mereka akan memberi motivasi dan inspirasi kepada warga SESERI yang lain untuk menyertai Pertandingan Menulis Esei Integriti bagi tahun 2010.
Laporan disediakan oleh Cik Siti Aishah bt Othman
PK Kokurikulum SESERI

No comments: