Sunday, August 29, 2010

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2010
















Ipoh, 21 Julai 2010, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2010. Kejohanan diadakan di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada 21-24 Julai 2010. Sebanyak 19 pasukan yang menyertainya termasuklah 9 pasukan perempuan yang mewakili 5 zon iaitu Zon Utara ; MCKK (L), SMSSMJ (L), STAR (L) - Tuan Rumah, SEMESTI (P) & SERATAS (P), Zon Tengah ; SMSS (L), SSAS (L), SSP (P) & SMSPK (P), Zon Selatan ; SDAR (L), SMSJ (L), STF (P) & TKC (P), Zon Timur ; SMACH (L), SHAH PEKAN (L), SMSD (P) & SMACH (P) dan Zon SQL ; SMSL (L&P).

Pada 23 Julai 2010 pula, telah berlangsungnya perlawanan bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir. Akhirnya, pasukan lelaki daripada Sekolah Menengah Sains Machang telah berjaya melayakkan diri ke final untuk bertemu semula dengan pasukan lelaki daripada Sekolah Menengah Sains Johor. Tidak cukup dengan itu, pasukan perempuan daripada Sekolah Menengah Sains Machang juga telah berjaya melayakkan diri ke final untuk bertemu Sekolah Tun Fatimah semula.

Pada hari terakhir kejohanan, perlawanan akhir bagi pasukan perempuan telah diadakan di Pitch 1, Stadium Azlan Shah. Perlawanan agak sengit pada separuh masa pertama. Namun, Sekolah Menengah Sains Machang akhirnya tewas kepada Sekolah Tun Fatimah dengan mata jaringan 1-0. Perlawanan bagi pasukan lelaki pula telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Puan Ashah binti Samah. Perlawanan begitu sengit sehingga tamat masa penuh 40 minit. Namun begitu, Sekolah Menengah Sains Johor akhirnya tewas kepada Sekolah Menengah Sains Machang menerusi jaringan ‘golden goal’ yang hanya memerlukan masa sebanyak 20 saat. Tahniah diucapkan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Ashah binti Samah dan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Keputusan keseluruhan kejohanan ialah bagi Kategori Lelaki : Johan SMACH, Naib Johan SMSJ, Ketiga SMSS dan Keempat MCKK. Kategori Perempuan : Johan STF, Naib Johan SMACH, Ketiga SERATAS dan Keempat TKC.

1 comment:

AeN said...

i was a hockey player of STF from 2001-2005 but there wasn't HKSBP for hockey during my time.Abg Din still a great coach i ever had. thanx to him for bringing up STF's hockey team.


ex-captain of STF hockey team 2005.