Friday, August 13, 2010

Japanese Speech Contest Faris Open


SMSTMFP, 9 OGOS 2010.Persatuan Bahasa Jepun mengadakan pertandingan “Japanese Speech Contest Faris
Open “ buat kali kedua tahun ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dari Kelantan.Pertandingan ini merupakan satu-satunya pertandingan syarahan dalam Bahasa Jepun yang dijalankan di negeri Kelantan. Diharapkan pertandingan menjadi satu wadah kepada pelajar-pelajar bahasa Jepun meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

Seramai 16 orang peserta turut serta dalam pertandingan ini dari semua sekolah di negeri Kelantan yang menyediakan subjek bahasa Jepun.Keputusan adalah seperti berikut :

Kategori A
• Johan : Antoneo Jay Agustine ( SMSTMFP)
• Naib Johan : Mohd Badrul Ridhuan bin Mohd Baharudin ( SMKDAM)
• Ketiga : Nur Emilia Aida Ahmad Kassim ( SMKDAM)

Kategori B
• Johan : Mohammad Hijaz Ramzi ( SMKDAM)
• Naib Johan : Nur Syazana Aziz ( SMSTMFP)
• Ketiga : Wan Nur Nazirah Wan Mohammad ( SMSPP)

No comments: