Tuesday, August 10, 2010

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SM SAINS SERI PUTERI KUALA LUMPUR DAN SM SAINS ALAM SHAH DENGAN PRINCESS CHULABHORN COLLEGE'S NAKHON SI THAMARAT, THAILAND




GREEN TECHNOLOGY PARTNERSHIP PROGRAMME, MALAYSIA - THAILAND SCHOOLS' 2010

Program pengantarabangsaan bagi kali yang ketiga ini dinamakan sebagai Green Technology Partnership Programme, Malaysia - Thailand Schools antara SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur dan SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur dengan Princess Chulabhorn College's Nakhon Si Tamarat, Thailand. Tempoh pelaksanaan program ialah dari 6 Julai 2010 - 10 Julai 2010.
Delegasi PCC Thailand yang terdiri daripada 15 orang guru dan 62 orang pelajar telah selamat tiba ke SESERI Kuala Lumpur Malaysia pada pukul 5.30 petang, 6 hb Julai 2010. Ketibaan delegasi PCC Thailand ini telah disambut oleh Pengetua SESERI, Pn Jamilah Abd Rahman beserta Penolong-penolong Kanan SESERI dan ASIS. Pelajar perempuan PCC Thailand seramai 40 orang menginap di asrama puteri SESERI manakala 22 pelajar lelaki PCC Thailand pula menginap di asrama putera ASiS.
Laporan disediakan oleh Cik Siti Aishah bt Othman
PK Kokurikulum SESERI

No comments: